PROJEK SERAM :MUZIUM


PROJEK SERAM :MUZIUM

KAIN IBU SYAITAN – Hari pertama Azham bekerja di Muzium Tekstil Negara, dia sudah diganggu dengan perkara-perkara aneh. Bukan dia seorang saja, tetapi hampir semua pekerja di dalam muzium itu turut merasai pengalaman yang menakutkan. Kemuncaknya, adalah pada program Denai Malam yang dianjurkan oleh Jabatan Muzium Malaysia. Apa yang terjadi pada malam itu? Apa pula kaitannya dengan siri kejadian seram yang menimpa mereka sebelum ini? Benarkah muzium itu berhantu atau ada cerita di sebaliknya yang mereka tidak tahu? “Setiap yang lama itu, ada penjaganya...” CANANG ANISAH – Satu tugasan yang diterima membawa sekumpulan ahli arkeologi ke Gua Cha. Perjalanan mereka tidak semudah yang dirancang. Kemalangan yang berlaku membuatkan mereka mengambil jalan pintas ke sebuah kampung. Tambah memburukkan keadaan, kenderaan yang dinaiki oleh mereka rosak di tengah jalan. Dengan pertolongan yang ditawarkan oleh Rahman, mereka menumpang teduh di rumah lelaki itu sementara menunggu kereta mereka siap dibaiki. Di situ, mereka terjumpa sebuah bangunan terbengkalai yang dipercayai merupakan sebuah muzium lama. Usul telah diajukan oleh Fahrin kepada pihak Muzium Kesenian Pantai Timur untuk cadangan membaik pulih bangunan tersebut. “Aku memburu jiwa yang hitam, menghapuskan hati yang kotor! ” PASUNGAN – Lawatan sekumpulan pelajar sekolah ke salah sebuah muzium semuanya kelihatan elok dan berjalan lancar. Tetapi kejadian histeria yang secara tiba-tiba berlaku di sekolah tersebut telah menyebabkan Yusuf berminat untuk membantu kerana dia tahu ada yang sedang menanti dirinya. Kejadian pembunuhan yang pernah berlaku belahan tahun lambat sengaja disembunyikan oleh pihak muzium tanpa siapa mengetahui alasannya. Keberanian Haslina untuk membantu Yusuf menyelesaikan misteri berakhir tragedi. “Cinta terpasung, cinta berdarah.


Parallel Title "SETIAP YANG LAMA ITU, ADA PENJAGANYA..."
Author A. DARWISY
ISBN 9789674980047
ISSN
Call Number F DAR 2019
Publication GRUP BUKU KARANGKRAF SDN. BHD.
Publisher SHAH ALAM, SELANGOR
Year 2019
Physical Description 360 PAGES ; 19 CM
Subject MALAYSIAN FICTION (MALAY)
MALAY FICTION
GHOST STORIES, MALAY
Related Names SUZANI NADZIR
FAIZUL RAHIM
URL
Availability:
The Lake Library Cafe MPSepang ( 1 Copy )

All Rights Reserved 2025

© ELIAS

Use Chrome or Firefox to experience the best display

Mobile display response to your device options

 

Version 5.4.1

Today: 2438 This Week: 2438 This Month: 24217 Total: 3387821