PROJEK SERAM :TOYS


PROJEK SERAM :TOYS

SAYANG - Nazri, Munirah dan anak-anaknya, Iskandar serta Hana berpindah ke sebuah rumah sewa bagi memulakan perniagaan restoran baru. Rumah itu pernah mengalami kebakaran dan budak bernama Syaqila yang terperangkap di dalamnya masih tidak diketahui penduduk di situ. Setelah terjumpa kotak berisi mainan di stor, pelbagai kejadian aneh mula menimpa Iskandar dan Hana. Pelbagai ikhtiar dilakukan oleh Iskandar supaya gangguan itu berakhir. Akhirnya, terbongkar apa yang sebenarnya telah berlaku kepada Syaqila. Dia muncul kerana ada perhitungan yang belum selesai!. MISTERI CIK TEDDY - Satu demi satu musibah melanda keluarga Pak Cik Mail. Namun dia reda walaupun dia sendiri meragui mengapa ianya terjadi kepada keluarganya. Akhirnya, dia menemui jawapan apabila menyedari segala musibah yang berlaku berpunca setelah anaknya, Diana membawa pulang teddy bear yang dipanggil Cik Teddy yang dijumpainya di belakang rumah. Namun apa yang berlaku, bukan Cik Teddy itu sahaja penyebabnya. Ada penemuan lain yang lebih mengejutkan! Apa kena-mengena teddy bear itu dengan keluarganya? Dan apa pula penemuan lain yang dimaksudkan itu? Berjanji dengan jin, dituntutnya sampai mati!. SHIBUYA HUNTED - Yuna dan patung Masako berkawan sejak kembarnya menemui ajal secara tragis. Pembunuhan berdarah yang tidak terungkap itu telah mengheret Yuna ke dunia kelam. Beberapa kematian misteri mengekori Yuna selepas itu. Mangsa demi mangsa terkulai tanpa nyawa dan mati dalam keadaan ngeri. Bertahun begitu sehinggalah kemunculan Zak. Zak adalah seorang Detektif Persendirian. Kes Yuna amat misteri dan mendorongnya untuk campur tangan. Berjayakah Zak menjejak dalang sebenar terhadap pembunuhan zalim yang membayangi hidup Yuna? Siapa sebenarnya Yuna dan patung Masako? Hati yang terluka berdarah mengelamkan jiwa kasihnya!


Parallel Title BERJANJI DENGAN JIN, DITUNTUTNYA SAMPAI MATI!
Author S. KAUSARI
ISBN 9789674464981
ISSN
Call Number F KAU 2019
Publication GRUP BUKU KARANGKRAF SDN. BHD.
Publisher SHAH ALAM, SELANGOR
Year 2019
Physical Description 440 PAGES ; 19 CM
Subject MALAYSIAN FICTION (MALAY)
MALAY FICTION
GHOST STORIES, MALAY
Related Names AIDA ADIA
JESSY MOJURU
URL
Availability:
The Lake Library Cafe MPSepang ( 1 Copy )

All Rights Reserved 2025

© ELIAS

Use Chrome or Firefox to experience the best display

Mobile display response to your device options

 

Version 5.4.1

Today: 2525 This Week: 2525 This Month: 24305 Total: 3387909